Monday, 18 February 2019

8 TEMPAT TARIKAN PELANCONG DI BELANDA/ NETHERLANDS

Sekarang masih waktu winter, so magrib pada bulan 2 ni dalam pkl 6.00petang. Jika sebelum ni seawal 4.40petang dah magrib, sekarang gradually masa dah beranjak dan makin lewat. Sementara menunggu magrib, saya sempatkan menulis panduan ini bagi yang ingin ke belanda. Ke manakah ingin dituju...

1. Giethoorn
View from wooden bridge


Boat-boat pandu sendiri melalui canals dan arah pandu yang dah diberikan

Giethoorn ini dikenali juga sebagai Venice of Holland dimana ia adalah sebuah kampung yang dihubungkan dengan pengangkutan sampan/boat melalui canals-canals. Ia terletak di utara Netherlands iaitu di Daerah Overijssel. Satu perkampungan yang cantik, terdapat rumah-rumah yang cantik, bridges, ada farm dan juga restaurant-restaurant yang mana kita boleh lepak minum kopi sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik.

Anda jika dari Amsterdam dalam 2jam dan kalau dari bahagian South holland iaitu Rotterdam, The hague dan Delft dalam 3jam lebih sikit jika menaiki public transportation. Walaupun , agak jauh diatas, sangat berbaloi untuk ke sini. Anda akan rasa betapa damai dan cantiknya pemandangan sekitar. Amat sesuai jika datang ketika Spring iaitu bulana 3 hingga 5 dan juga selepas itu musim summer bulan 6 hingga 9. Kadangkalah jika time winter jika cuaca tak berapa elok terlalu sejuk, boat-boat pelancong tiada..masih boleh berjalan kaki di dalam kawasan kampung. Ia adalah kampung so tiada waktu tutup dan buka. Hanya yang ada waktu tutup dan buka ialah operasi boat-boat yang disewakan atau dipandu oleh pemandu pelancong dan sewa basikal. Sebab ia adalah rumah -rumah persendirian yang sememangnya dihuni orang.So, kalau planning terlajak, then sampai terlewat, masih boleh jalan-jalan ke dalam kampung tersebut melalui jalan yang ada. Cuma view lebih cantik jika waktu terang dan siang.

Rumah- rumah persendirian yang cantik sekitar Giethoorn


Rate boat kecil untuk dipandu sendiri dalam range 20-35euro mengikut kapasiti dan jenis boat. Jika tak pandai nak bawa boat tu jangan risau, anda boleh naik boat besar yang dipandu pemandu pelancong dalam harga 6 euro-7euro seorang, beserta air teh/kopi/soda (depends pada boat-boat yang anda pilih, banyak pilihan dari luar sampai jalan kedepan tu, ada beberapa sewaan boat yang berbeza company. ) Ada yang tak tahu, ikut sajalah oranga ramai beratur sepanjang2 dan tunggu sehinga berjam-jam lama di kaunter depan tu, tanpa bertanya dan melihat-lihat. Padahal ada lebih kurang 3-4 company/dari boat-boat supplier yang berbeza disepanjang main road /jeti tu. Jadilah pelancong yang bijak😘.

Sepanjang main road ni banyak pilihan boat-boat utk disewa dan dipandu pemandu pelancong


Tips: Lepas pusing seround boat tu dalam sejam journey, ambil masa jalan kaki ikut path pejalan kaki yang ada, cross wooden bridges , anda akan melihat lagi banyak pemandangan cantik-cantik dan kalau ambil gambar pun cantik!!😊

2. Kuekenhof - Taman Tulips terbesar di Europe


Keukenhof




Ok, kalau sebut payah, nak mudah Dutch ni ibarat anda mengeja dalam bahasa melayu. Cuma beberapa huruf saja beza yang paling ketara J ialah Y dan Y adalah J. So kalau nak sebut Keukenhof, kalau nak bertanya orang atau apa-apa, sebutannya Keu- Ken- Hof sebut sebiji eja dalam bahasa melayu baku.

Taman tulips ini selalunya dibuka setiap tahun hanya pada musim Bunga/Spring. So kalau mari bulan 6 ke 12 memang takde. Normally dibuka pertengahan bulan March sehingga Pertengahan Bulan 5.
Boleh beli tiket secara online terus di website Keukenhof sendiri iaitu www.keukenhof.nl . Jika beli online direct di website selalunya ada 'korting'/ diskaun 1euro hehhehe...banyaklah 1euro ni kalau 5orang dah 5euro kan ...dan lebih mudah jika beli siap-siap online sebab tak perlu beratur panjang semasa masuk nanti. Al maklumlah, taman terbesar di Europe and the most beutiful garden in the world..mesti ramai yakmat!!! Tapi jangan risau, even ramai pun Taman tu besaq giler..memang puashati kalau masuk dan menikmati keindahan tulips dan take your own time ambil gambar cun-cun..



Mek nak bagi advice kalau nak ke sini, dulu masa awal-awal mai..punya excited 1st week open teruih terjah hahahhah..1st time katakan lah...rupanya masa awal-awal tu bunga tulips masih belum kembang sepenuhnya. Bukan takde...ada cuma tak banyak la nampak yang kembang-kembang dan di ladang luar taman Keukenhof tu pun mostly tak nampak meriahnya jika diambil gambar. Kalau kita tengok di youtube drone video di Keukenhof macam cantik sebaris merah, sebaris kuning etc...haa, kalau awal-awal gini memang tak nampak lagi la views begitu..Tapi kalau dah beli flight awal then dah planning awal tak mengapa...masih banyak tarikan menarik di dalam tu, puashati insya Allah..

Waktu paling afdal heheheh..mula tengah april smpi awal mei..time tu cun..kalau lambat sangat pula nnti banyak tulips terlebih kembang dan ada yang dah mula menyondong ke bumi..so kalau pandai timing..kena paling cun..memanglah sangat berbaloi..ladang luar pun penuh colour-colour sebaris..ikut mcm dlm video tu lah hahhahaha..

Tips : Jika anda merancang kesini dengan Public transport, anda boleh beli Combi ticket iaitu Entrance + Bus Return , dalam 25 euro per person. Lokasi bus ada 2 iaitu dari Leiden Central atau Schiphol Airport, akan ada signboard situ boleh beli dilokasi terus. Cuma dari Amsterdam agak mahal sikit, boleh check di website diatas. Bus akan bergerak dari Station terus depan pintu entrance Kuekenhof, tak yah gaduh, then scan tiket terus masuk. Tiket tu jangan buang, kalau balik nanti kita nak naik bus return ke station depa minta tengok nak check ka.

Kalau nak piknik boleh bawa makanan anda dan makan di tempat-tempat yang disediakan dalam kawasan taman.

3. Zaanse Schans

Zaanse Schans 

Zaanse Schans ini terletak di luar bandar Amsterdam, daerah Zaandam. Mengikut sejarahnya, ia adalah satu kawasan industrial area. Semua windmills disini mempunyai fungsi masing-masing. Sekarang tempat ini dijadikan sebagai salah satu tempat tarikan pelancong yang paling dilawati pelancong dari serata dunia. Tempat ini kalau ambil gambar sangat cantik..The most picturesque places in Netherlands , selain Giethoorn. Kalau dari Station Train terdekat anda perlu berjalan kaki dalam beberapa ratus meter sebelum melintasi bridge dan hujung di sebelah kiri jambatan tersebut adalah kawasan Zaanse Schans dimata anda boleh nampak keindahannya dari atas jambatan tersebut.


View dari jambatan sebelum sampai Zaanse Schans

Jika sampai petang ke senja masih boleh jalan ke dlm kawasan ni, tiada perlu bayaran. Bayaran masuk perlu jika anda ingin masuk ke museum-museum dan dalam windmilss yang terdapat macam-macam cenderahati. Di sini terdapat Kilang Keju, Kilang membuat Kasut terompah / Clogs, Kilang Coklat, pewter foundry dan pelbagai windmills yang dahulunya mempunyai fungsi tersendiri.
Semua kedai cenderahati , windmills dan kilang-kilang tersebut akan tutup selepas tamat waktu operasi. Normally at 5.00pm. Boleh check di www.dezaanseschans.nl

4. Volendam

Kalau dah jejak ke Zaanse Schans , pasti kena singgah di Volendam. Sebab ia berdekatan dan dalam satu daerah Zaandam, Amsterdam kalau beli tiket one day tour Amsterdam , anda boleh naik bus ke sini. Volendam ialah perkampungan nelayan. Fishing Village yang mana tempat terdapat banyak retsurant seafood yang menghidangkan fish and chips dan juga menu terkenal kalau kata dah jejak Belanda iaitu Haring. Ikan Haring ini di makan mentah bersama pickle dan bawang untuk hilangkan rasa hanyir ikan. Anda perlu cuba ini di mana-mana kedai disini. Selain itu, banyak menu lain yang anda boleh cuba.

Disini juga terdapat banyak kedai-kedai cenderhati dan buahtangan yang jauh lebih murah dari di Zaanse Schans 😜😜😜😜Sesiapa yang dah terbeli masa di Zaanse Schans mesti rasa menyesal yakmat. Ada juga yang sama, tapi disini kita ada items yang boleh bargain lagi. Permandangan sini juga sangat cantik.

Disini mek tak dan amek pic cun-cun..so boleh google kalau nak tengok idea tempat ni.


5. Kinderdijk


Kinderdijk


Kinderdijk ini adalah senbuah kampung antara UNESCO World Heritage place yang mana terletak di South Holland 15km dari kota Rotterdam. Ia amat besar terdapat 19 windmills dan 3 pumping station yang masih berfungsi sejak 18th centuries. Dikes yang dibuat ni mempunyai fungsi tersendiri dan kepentingannya kerana Netherlands ini adalah salah sebuah negara yang the best water management in the world and Kinderdijk ini adalah salah satu sejarah water managementnya.

Apa yang ada disini? Bukan hanya windmills saja yang anda boleh lihat..Anda boleh naik boat dengan kadar 8euro per person untuk pusing satu kawsan dikes dan melihat keindahan keseluruhan tempat ini. Jika nak piknik pun boleh, berbasikal pun ada di sewakan disitu dan boleh juga berjalan kaki saja. Anda boleh masuk ke salah satu windmill yang dijadikan museum dan boleh lihat bagaimana depa dulu-dulu tinggal dalam tu dan boleh lihat bagaimana ia berfungsi. Terdapat juga cafe untuk rehat minum kopi di antara windmills tu dan ada juga farm yang menarik minat anak-anak. Tempat ni dibuka selalu, normally local mai sini nak berbasikal dan beriadah . Hanya yang tutup selepas waktu operasi tamat adalah boats , kaunter tiket boat, kedai survenior, cafe dan museum akan tutup. Kalau just nak jalan kaki nikmati pemandangan dan tangkap gambar , boleh je singgah kalau dah lewat.



Tips: Kalau anda merancang singgah di Rotterdam dan menaiki public transport, lebih jimat jika anda ambil One Day Tour Pass yang trmasuk waterbus (14.50 euro per person). Kerana jika dari bandar Rotterdam , anda boleh menaiki waterbus di tepi jeti bersebelahan Erasmus Bridge , sejam ke Kinderdijk..anda boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik sepanjang ke Kinderdijk (jika weather cantiklah, kalau hujan gelap ,tak best juga).

6. Amsterdam

Amsterdam at night
spring in amsterdam

Amsterdam ni mek buh dalam nombor bawah sikit sebab mek tak berapa berkenan sangat pergi tengah bandar Amsterdam. Kalau orang kata canals dia sangat cantik viewnya..anda cuba ke Delft dan Leiden. Saya yakin anda lebih puashati jika di Delft, leiden dan Schiedam city kecil di area rumah saya ni hehheeh..lebih mendamaikan.
Canal in Schiedam


Cuma yang terkenal Amsterdam ni mek rasa satu dunia tahu, Redlight..then Dam Square area dan Flower marketnya. Dalam blog ni mek ada cover seluruh amsterdam apa tarikannya disitu ....Cuba klik SINI untuk baca mengenai "Ada apa di Amsterdam".

7. Madurodum

Madurodum terletak di The Hague atau disini kami panggil Den Haag. Ia adalah park yang mana anda boleh discover Holland in one day, The park is based on Dutch stories dan miniatures yang dipamerkan 25 kali kecil dari object sebenar. Semua tempat-tempat terkenal di Netherlands ni anda boleh jmpa disini dengan scale yang kecil. Terdapat playground dan beberapa restaurant untuk makan dan anak-anak bermain. Entrace per person adalah 14,50euro. setakat mek pi 2 tahun lepas la..tapi boleh check balik rate untuk dewasa dan kanak-kanak berapa dalam webiste www.madurodum.nl
Tempat ini sesuai jika anda melancong bersama keluarga ( anak-anak).

8. Roermond Designer Outlet 


Anak-anak suka sini sebab playground besar



Haaaa, ni mek bubuh jugak di tangga terbawah. Kadang-kadang kawan-kawan yang datang tanya juga mana nak shopping di Netherlands ni. Mek pun nk jawab agak teragak-agak sebab mostly yang datang sini nak enjoy view sebab Netherlands ni bukan macam di UK hang tengok Clarks, Gap la, Timberland la semua-semua brand , hok yang jenama mek suka lah..hok jenama terkenal yakmat mek x sebut la noh..tapi Netherlands ni antara negara europe yang cost of liivng tinggi selepas Swiss la😝..so kami pun dah terikut 'Go Dutch" jugak la..janji sayur dan buahan murah ok..

So Roermond Designer Outlet ni terletak di Eindhoven di bawah cawangan Mac Arthur Outlet jugak yang semacam di UK. Tapi hat ni taraf Bicester Village lah..Semua bapak jenama hok mek x sebut meme ade..bukan takat LV, semualah hok apa nama brand top2 semualah..So kalau ore tnya mana nak shopping, sinilah tempatnya..coz sini ore German dan Belgium pun turun sini sebab Eindhoven dah South bawah sempadan doh. Baru boleh dapat harga diskaun outlet jika tak, ada saja butik-butik ni di Rotterdam tu tapi harga mampu tengok lah, harga butik.

Selain dari Roermond Designer Outlet ni, terdapat 2 lagi tempat shopping oulet di Nethelands ni.

  •  Rosada Designer Outlet, ni kecik sikit dari Roermond and tak banyak brand boleh check online apa jenama hok fav hangpa. Ni terletak di Rosendal di South juga.
  •  Batavia Stad Fashion Outlet. Hok ni jenama hok biasa-biasa tapi still branded lah..hok ni kalau ke Giethoorn belah atas utara nun balik boleh singgah jalan balik ke Amsterdam. MK pun ado sini..Leh la check apa nama kedai-kedai dalam tu di websitenya yerπŸ˜ŠπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Ok,, rasanya takat tu sajalah tempat-tempat menarik di Netherlands ni bagi rujukan , panduan rakan-rakan di Malaysia yang nak lawat Netherlands. Nak tahu bagaimana nak ke tempat-tempat ni, anda boleh la rujuk tips yang mek bagi untuk anda mudah travel ke sini dengan bijok heheheh..sekarang zaman canggih tekan google kita boleh tahu attractions ni punya location and bagaimana nak ke sana etc. Nama traveller ni, kita nak travel memang kena banyak tanya betul lah tu, tapi kena banyak juga membaca hehhehe..Jangan PM mek pagi-pagi tnya cmner ek nak ke sana, sini,,sinun..bukan apa kalau sorang tnya larat lah nak type..kalau 10orang tnya, mek hilang jari😜😜😜..

Rasa panduan dan tips yang bagi dalam blog ni sudah cukup rasanya jika anda ingin travelling kesini planning sendiri. Klik SINI untuk baca betul-betul tips yang mek bagi dalam blog ni, then kalau sungguh tak paham baru tanya nah..

Harap manafaat dan berguna. Happy Holiday!!

PERHATIAN: Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah milik dari blogger sendiri. Sila petik sumber jika ingin copy gambar. Tq.

Sunday, 11 November 2018

ADA APA DI AMSTERDAM..

Salam Isyak semua...sekarang baru pukul 6.50malam dan dah masuk waktu solat fardu isyak tadi jam 6.23 malam. Cepat saja masa berlalu..dan ini tahun ketiga kami disini. Sekarang baru musim Autumn dan winter time telah pun bermula bulan Oktober.

Memandangkan ramai yang Whatsapp bertanyakan pelbagai soalan, antaranya ada yang kurang faham, bahawa Amsterdam dan bukalan satu-satunya City di sini. Yer, Amsterdam adalah ibu negara bagi bumi Tulips dan windmills ini tetapi bila saya terangkan Guestroom saya lokasinya di Rotterdam bukannya Amsterdam, ramai yang kurang faham. Cth KLIA Airport di sepang kan, dan rumah saya jaraknya dalam 45min-sejam dari Airport macam di Shah Alam or Klang la kiranya. 

Amsterdam adalah ibu negara Netherlands, dan Rotterdam antara city kedua terbesar di Netherlands.
Map of Netherlands


Hahaha, dah macam subject Geografi pulak ek. Oklah, saya tak nak membebel lebih2. Jom saya kongsikan sedikit ada apa dengan Amsterdam...antara tarikan-tarikan pelancong yang mesti pi lah.

1. Zaanse Schanse 
Zaanse Schanse ni paling wajib visit. Ia terletak di daerah Zaandam luar dari riuk pikuk City Amsterdam. So kalau nak ke sini tak tahu boleh guna aplikasi 9292 yang saya ceritakan dalam blog ini, biasanya ke sini boleh guna bus. Disini pelbagai tarikan pelancong antaranya:-
Pelbagai jenis clogs dan cenderahati
Diluar kilang tu boleh ambil gambar kenangan
Demostrasi cara mebuat kasut Clog

Kilang Cheese

Cheese Testing

Dalam kilang cheese tu boleh tengok cara-cara pembuatan cheese (in group) dan boleh juga membeli produk-produk keju yang dijual disitu dan boleh juga dijadikan buahtangan. Saya rekemen untuk anda rasa Smoky Goat Cheese,sedap...dan juga cili cheese. takde lah pedas sangat..tapi nice.

Kilang Clog




View yang damai dan cantik


Selain daripada kilang cheese dan clogs, ada juga cafe-cafe, kedai-kedai cenderamata, ada juga kedai yang membuat coklat, cuba rasa aiskrim di kedai coklat ni...amat sedap..sangat sangat rekemen. Lain-lain dari itu adalah pemandangan kawasan Zaanse Schanse yang damai dan indah itu amat memukau.

Dalam area Zaandam itu juga, terdapat tarikan pelancong yg berdekatan iaitu Volendam. Ia dikenali sebagai Fishing Village. Amat terkenal dengan Fish and Chip yang sedap dan segar. Selain dari restoran yang menawarkan makanan seafood dan fish and chip yang fresh, terdapat banyak kedai-kedai cenderahati yang murah-murah, dan antara termurah di Amsterdam. Jadi, bagi yang ingin membeli buah tangan , jangan terlalu excited masa jumpa banyak sangat fridge magnet di Zaanse Schanse tadi, nanti menyesal bila tengok di Volendam lagi murah-murah. 

2. Dam Square

Kawasan Dam antara kawsan yang sangat ramai pelancong dan ia adalah centre dimana ada Royal Palace , Madame Tussaud"s Wax Museum, dan National Mounement. (Antara paling ramai pelancong). 






3. Flower Market


The Amsterdam Flower Market di buka from Monday to Saturday from 09:00 to 17:30 and Sunday from 11:30 to 17:30petang. Ia adalah terletak di Singel canal between the Koningsplein and the Muntplein. Boleh ke sini menaiki trem atau basikal hehehe..yer lah sini mana-mana basikal kan πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†



Pelbagai jenis tulips kita boleh kenal disini, boleh beli sebagai buah tangan balik Malaysia. Tapi jangan lah beli pokok ganja sebagai buahtangan pulak yer hehehe..sini takde masalah boleh tanam pokok ni di rumah masing-masing. Jangan buat pasal nak bawa balik, sangkut di airport la gamaknya nanti heheh. Sepanjang-panjang floating flower market ni, tinggal nak pilih je, macam-macam pokok bunga kita boleh dapat, esp tulips. 


4. Redlight Area
Hat ni saya tak payah nak ulas, sebab hanya orang-orang muda saja lah kot nak melalui area ini. Tapi sekadar jalan di waktu siang tiada masalah.. akuarium -akuarium yang kaler merah dan anak-anak ikan tua muda dalam akuarium tu takde lagi..jangan jalan time malam je..mengucap panjnag la hangpa..ada seks museum dan meseum pelacur haaaa, sebut dalam malay la bagi paham..saya tak pernah masuk la, penah bawa rakan jalan depan meseum tu saja time siang..rimas sangat jalan area ni..dek bau weed yang busuk. kamu tahan sajalah...nanti abes bau tu melekat di baju, huhuhuhu..

5. Nemo Science Museum 

Nemo science ni sesuai untuk anak anak anda explore semua mengenai sains. Ini macam Pusat Sains Negara. Kalau anda berada di Amsterdam Central Station, jalan ke depan sikit anda akan nampak satu bangunan unik berbentuk Kapal Besar warna hijau. Itulah dia. Memang menarik, apa yang lainnya disini, anak anak boleh belajar bagaimana process menapis air untuk menjadikan ia bersih dan selamat untuk diminum. Ada di ketengahkan bagaimana Netehrlands (yang terkenal dengan water management sistem depa antara terbaik didunia) water management sistem secara ringkas dan sesuai untuk pembelajaran. Selain dari itu, ada floor khas untuk teenagers , seks education. Sebenarnya, ia antara mata pelajaran yang diajarkan di sekolah rendah, so benda yang di share ni sesuai untuk teenagers belajar mengenai hal yang kita sendiri nak ajar pada anak kita susah nak explain kan..



5. Chinatown, canal tour, Hard Rock Amsterdam dan lain-lain
Inilah antara tarikan lain di Amsterdam. Sebenarnya lagi banyak tarikan di luar Amsterdam seperti di Giethoorn, Kinderdijk, Keukenhof( jika musim bunga) dan banyak lagi. Semua itu  bukan lah di Amsterdam, tapi di Leiden jika ingin ke Keukenhof, Giethoorn di utara Belanda, The Hague, pusat pentadbiran dan Utrecht juga menarik dengan Castle De Haar.

 Tapi harini saya bagi area Amsterdam sebab ramai sangat orang tanya pasal Amsterdam ni. So ada apa dengan Amsterdam..ini sajalah...boleh lihat di blog saya  mengenai tarikan di Bandar kedua terbesar Holland iaitu Rotterdam.
Guestroom De Lente

Rasanya itu saja yang menarik di Amsterdam, selain museum yang XXX tut dan museum lain-lain hehehehhe..
Boleh klik SINI untuk mengetahui 8 tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong di Netherlands ni..

Terima Kasih kerana membaca. Assalamualaikum.








Thursday, 23 November 2017

TIPS BAGI YANG INGIN MELANCONG KE BELANDA\ NETHERLANDS

Okeh..disebabkan harini dapur tak berasap kita ada masa lebih sikit nak buka blog sebelum makin bersarang tebuan pulok, heheheh..

Bagi sesiapa yang merancang ingin melancong atau bertandang ke negara bawah paras laut ini..sini ambe nak kongsi beberapa tips yg maybe boleh menjimatkan masa merancang dan juga poket anda..ehehehe..kalau trip di uruskan oleh Agent maybe tiada masalah.sebab depa dah arrange semua, angpa ikut saja..tapi bagi yang merancang sendiri boleh la baca tips ni, maybe berguna dan bermanafaat..πŸ‘ŒπŸ’—πŸ’š

Winter 2017, depan rumah



1. BELI TIKET AWAL DAN RANCANG PERJALANAN..

Pengangkutan awam di Holland adalah antara yang agak maju. Train, trem dan bus disini mengikut jadual kecuali ada kes emergency etc. Public transportation canggih juga memerlukan kos :)
so jangan la datang tanpa merancang main terjah-terjah kalau penuh poket anda..bak kata pelanggan German den, dia suka lagi naik  basikal je heheheh..Merancang awal bagi cost belanja transport leh jimat leh shopping kan..hehehe

Kalau boleh beli awal tiket segala bagai nya awal..kalau tiket flight dah beli,,dari Malaysia ke London lepas tu niat hendak tour ke Brussel - Paris - Netherlands..rancang awal..agak-agak nak naik apa.apa pengangkutan yang sesuai ikut budget dan keselesaan anda..sebab..kalau lagi seminggu nak datang ke Holland dari Paris ke..train rate akan cecah 200euro ke atas..dari London ke Rotterdam sampai 300euro lebih ke atas..kalau mampu takde hal lah ..tapi kalau beli mahai2 lepas tu tidor Rotterdam or Amsterdam 1 malam saja..tak berbaloi la kos tiket tu kan..baik simpan buat shopping :)

Kena beli sebulan awal paling kurang..bila beli awal akan jadi murah..dlm berpa puluh euro saja..ada kawan yang mai ,nasib kami habaq awal suh beli..so dalam rage euro 70lbh harga tiket train dari london. Tetapi banyak juga option lain untuk ke Netherlands ni..samada melalui udara turun di Schiphol Airport atau Rotterdam The Hague Airport ..selalu kalau dari Malaysia akan turun di Schiphol dan dari situ ke Rotterdam dalam 45 ke atas.

-APLIKASI FLIXBUS DAN OMIO, formerly known as Go Euro

Selain kapal terbang, boleh juga melalui train..Eurostar atau Thalys mengikut darimana destinasi anda. Bus pun boleh juga...kebanyaka pelanggan guestroom rekemen dan menggunakan FlixBus Apikasi Flixbus ..download aplikasi tersebut untuk beli tiket bus ke mana mana tempat di Europe dengan hrga yang agak murah contoh separuh harga dari  tiket train dari Rotterdam ke Schiphol Airport juga..tapi...lambat la sikit noh sebab berhenti henti, nak tahu mana dia stop boleh klik details di dalam menu yang ada. Saya ke Frankfurt dulu menaiki Flixbus dengan harga yang murah pergi balik, bus tu akan berhenti di Eindhoven, Dusseldorf dan beberapa lagi sebelum sampai Frankfurt..tapi enjoy view sesambil rehat/tidoq hehhe .sebab bus tu agak selesa, luas, dengan wifi atas bus..dia ada mention berapa stop dia akan berhenti..mudah je..beli kat Apss,then dapat barcode tiket tunjuk kat driver masa naik nanti..

Bagi yang pertama kali ke Europe dan tidak tahu apa pengangkutan terbaik dan termurah, saya cadangkan anda menggunakan aplikasi OMIO ataupun boleh dilayari di website go euro sendiri.
Aplikasi ini sangat berguna dan dipakai secara meluas oleh orang2 diserantau europe utk melancong esp student2 yang mana aplikasi atau web ini menyenaraikan semua jenis transportation yg available pada ketika waktu yang berbeza dan mengikut kadar dari terendah sehingga termahal. Selalunya yang murah tu hat banyak transit dan lama journeynya dan yang murah yang direct..so kalau boleh pilih jika travel backpackers syok jugak sambil2 transit leh tengok tempat2 berbeza...tapi kalau dengan beg sarat barat atau bersama anak2 maybe agak payah. Anda boleh lihat dari perlbagai lokasi di europah ni dan option dari bus, train dan flights. So anda boleh compared dan tahu yang mana dalam budget anda.

Dan option terakhir..melalui kapal laut..ahha..mesti excited kan..naik cruise..nama Stena line ..cer google dlm website..hrga tiket dlm 60euro..dlm 6 jam lebih dari UK ke Hoek Van Holland Rotterdam..leh ke Sweden bagai naik Stena line ni tapi rate cek sendiri,,chek x pernah p pun sweden lagi heheheh..nanti kan sampai di Hook Van Holland hujung pantai Rotterdam leh naik bus dari situ ke Schiedam Central Station untuk ke guestroom atau ke Rotterdam Central bagi nak ke Bandar-bandar besar lain mcm Amsterdam dan Utrecht.


Anak anak saya..tunggu train sempat posing :)


2. GROUP TIKET , RAIL RUNNER DAN DAY TOURIST TICKET 

Apa itu group tiket?


Tiket yang dibeli secara kumpulan min 4 hingga 7 orang max satu kumpulan.Ini adalah bagi perjalanan dari satu city ke city lain. Contoh jika hendak ke Amsterdam dari Rotterdam.  Single journey tiket harga jatuh 7.50 per person mana-mana direction. Utk bukan peak time morning/afternoon..antara 9.00 pagi hingga 4.00ptg saja. Ketua rombongan cik kiah tu kena mesti ada semasa kalau2 pegawai NS train mai check..rules ni baru saja diperkenalkan memandangkan sebelum ni ramai bijak pandai yg take advantage utk beli group tiket ni..so byklah perubahan dari segi rules dan juga harga.
Tapi still murah juga kalau banding harga biasa dengn group tiket ini.Memang berbaloi.

Banyak beza..so mmg kena planning la kalau nak duduk seminggu..plan nak pi mana-mana..so kebanyakan ke Bandar2 besar boleh beli group tiket ni.Jika anda kurang yakin or nak lebih convince, boleh cuba check rate tiket sebenar di Aplikasi 9292, type dari mana to where, bila dapat hasil carian, klik dimana mana option pilihan perjalanan yang dicadangkan dan klik ' Show journey fares' , akan keluar rates; 2nd class full fare, 2nd class reduced fares, 1st class full fares dan 1st class reduced fares. Anda boleh lihat yang selalunya ialah 2nd class full fares, jika nak up 1st class boleh lihat juga. Then bandingkan harga jika kamu berkumpulan seramai 4 hingga 10 orang, single fares x berapa orang.. Still murah harga group tiket dengan normal prices.Untuk makluman, 2nd class reduced fares atau 1st class reduced fares adalah hanya untuk yang mempunyai kad personal akuan bewarna kuning saja( selalu yang orang stay belanda saja akan ada kad ini). So untuk orang luar, hanya boleh guna full fares saja. 

Cara nak beli..boleh beli online di webiste NS train www.ns.nl cari menu ''grouptiket off-peak hours" ..ketua yg kena beli dan bayar online dan tiket2 akan di email pada semua ahli group tersebut. Nak print tiket tu pn boleh so senag scan sj barcose tu masa di gate nanti. atau gunakan aplikasi jika mempunyai akaun NS.

Rail Runner


Ini untuk kanak-kanak travel dari umur 4 tahun ke 12 tahun secara flat rate sehari..hangpa p la mana2 pun melalui RET train dari utara ke selatan Holland hanya dengan 2.50Euro return.Ini juga untuk antara city ke city, melalui NS train, bukan untuk explore dalam district/city. 

One Day Tourist Ticket

Tiket ini bileh dibeli di kaunter2 khidmat pelanggan setiap station dan boleh dibeli di mesin automaat mcm ATM mesin la kiraπŸ˜‰Ini lah tiket yang boleh digunakan untuk explore satu bandar..saya cadangkan jika anda sudah planning ke mana2..sebagai contoh harini planning nak cover area Amsterdam saja..then boleh beli one day tourist tiket yg cover semua transport bus, trem dan lain2 di Area Amsterdam saja..dinyatakan dalam kaunter info nanti..mostly kebanyakan public transport dia cover..so within 24 hours dari time hangpa checkin ke metro subway/trem mana2 di Amsterdam dan boleh naik turun mana2 saja trem, bus, metro semua..tak gaduh sesat then terlebih budget bagai..

Sama juga jika ke Rotterdam dan the Hague. Ada juga one day tourist tiket yang cover South Holland region, boleh planning nak cover jalan2 mana seharian cover 2 city besar ni..so beli tiket ini di kaunter atau mesin ATM di setiap station ada..kadar dalam 13.50euro angpa boleh naik train, metro, bus, trem dan sekali waterbus..haaa..memang berbaloi sebab kak jemah p pasar yg tiap minggu je pun dah dekat 4euro pi balik naik metro..lagi kala cover semua public transport..naik turun area sekitar bandar Rotterdam dan The Hague dua2 sekali dgn 13.50euro jer..

3. BAWA PAKAIAN TEBAL


Netherlands agak terkenal dgn cuaca yang sangat unpredictable..negara bawah paras laut kan...bila tengok weather forecast kata sunny..tu jangan caya sgt 100%..satg ..dlm dok sunny terus cloudy and raining ahahah..sangat mengujakan adalah angin yang amat kuat..sebab tu lah Windmills berlambak disini kan..so tak yah nak tnya apasal byk sgt Windmill sana sini..heheh..sebab 100% tenaga train belanda adalah dari tenaga kincir angin ..gitu....

Berbalik pada cuaca tadi..memang sangat unpredictable..so always bring some jackets extra dlm beg kalau jalan2 ke sini..kot kalau ada yang kata lemak depa tebai dah ka apa..so takyah la nak uji ketebalan kulit angpa sgt..bawa juga raincoat..yg lipat2 atau beli yg pakai buang..buh dlm beg..senang..satg hujan..nak beli tak gaduh dah..payung not advicable la...angin kuat,,satg payung senang patah klu jenis hat lipat tu kan tak tahan sgt..tp boleh je dari x dak..heheheh

Digalakkan melihat prediction dahulu sebelum keluar jalan..walaupun hanya prediction, dan macam saya kata weather holland ni amat unpredictable, tapi boleh la guna sebagai panduan. Kami hari hari disni rutin akan guna aplikasi Buien Radar untuk ke sekolah ke tempat kerja sebab penting samada ada bad weather then maybe kami tak mengayuh baiskal dan gunakan public trasnport dan juga penting untuk tahu kadang kadang amaran storm atau snow dalam amaran bahaya atau sebaliknya, kerana possibility public transport selalunya train akan delayed atau cancel sepenuhnya. Thats why kami selalu akan lihat prediction wetaher dan juga Aplikasi 9292 bagi public transport alert bagi any distruption. Esp mai time winter..so memang kena sentiasa kena check...

4. APLIKASI 9292


Nak tahu bila train mai..bus nak sampai ka...trem no berapa nak p ke sesuatu tempat angpa takyah gaduh..sini negara maju..download saja aplikasi kat play store hp canggih2 kan la ni..semua ada aihhh..aplikasi nama 9292..bukan nak amek no ekor tau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚tapi untuk mengetahui angpa dari mana..buh lokasi tempat nama apa...boleh locate melalui gps hp anda kat maner skrg..nak ke mana..buh type posskod tempat tersebut ka..atau nama pun dah memadai..tekan bila nak pi..now ke bila esok ka...tekan (Plan my journey)..kuar la jadual2 semua train, trem dan bus no apa .pukul brp dan kalau ada distruption ke apa2...tak paham bahasa Dutch boleh setting bahasa english..apa susah..kita buat dia bukan dia buat kita kan..hehheh

5. TANDAS AWAM BERBAYAR

Bagi kami yang baru masuk tahun kedua disini dengan 4 anak..untuk membelanjakan 1 euro srg agak membazir jika..sepatutnya, anak-anak boleh pastikan ke tandas dahulu sebelum keluar berjalan. Tapi jika dah terdesak sangat tidak mengapa lah..cuma kalau jenis yang memang time keluar je nak je tandas jenuh jugak..kerana kebanyakan tandas awam berbayar..kadar dalam 1 euro sekali masuk..kalau dah tak jumpa sangat..masuk saja mana-mana restoren terdekat depa charge selalunya 0.50euro sekali masuk srg..ia depend jugak..kalau di Station Delft hat jenis automatik..buh 1euro...pintu lock 10min..lps tu dia auto unlock balik green light bagi org lain leh masuk..kalau jenis hat temenung lama-lama tu kena agak-agak lah yer heheheh..10min je kalau terdesak mana yang sempat ler jawabnya..kalau di Rotterdam Central Station 0,70 euro sekli masuk bukan automatik takpa lah..

Tapi kalau kita pergi masjid takde masalah la..cuma pesan saja, kalau-kalau sekli bawak rombongan keluarga 10org sekli nak ke tandas semua abes 10euro kan 😜 ..so sebelum jalan-jalan kita pastikan anak-anak semua pergi ke tandas dahulu ok..


Me and uncle Eddie, bawa kawan ke Geithoorn


6.MELAWAT AMSTERDAM BUKANLAH BERMAKNA MELIHAT KECANTIKAN HOLLAND SEPENUHNYA..

Yer betul..bila org sebut Netherlands aje semua cakap Amsterdam..padahal..Amsterdam tu sikit saja part yg cantiknya holland ni..Banyak lagi bandar2 cantik di Netherlands yang boleh explore seperti Leiden, Utrecht , Gronigen dan juga Rotterdam tempat saya tinggal..

Antara yang famous orang sibuk nak mai ialah Giethoorn(Venice of Holland), Kuekenhof time Spring saja, Kinderdijk, Madurodum, Efteling( theme park ala2 disneyland gitu) dan banyak lagi..semua ni luar AmsterdamπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Keukenhof ( Bulan Mac ke Mei)

Giethoorn ( Vanice of Holland)


7. WAKTU PERNIAGAAN

Untuk makluman kwn2..waktu kedai dan premis perniagaan dibuka lazimnya dalam pukul 10pagi sehingga 6petang saja.tu yang kalau kami kehabisan roti untuk bento anak2 ke sekolah, janganlah lupa beli sebelum 6 ptg..mmg la x de kedai buka dah...tak kira hari Sabtu pun sama..2 hari je yang beza...hari Khamis..kedai seperti groceries, cafe restoren tutup agak lewat dalam 9mlm..entah kami pun taktau nape mai2 mmg dah mcmni..Ada juga di city lain hari Rabu pula dibuka hingga ke 9malam..ia berbeza di setiap city, tapi yang pasti setiap hari akan tutup awal kecuali 1 hari saja..kalau hari Ahad..SEMUA BEROPERASI MULAI 12.00.t.hari tauπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Haa..worklife balance katanya kan...hihihi..
Jangan nak rempuh kedai pasaraya awai konon..depa pkl 12..baru buka noh..rancang perjalanan tu yg paling penting..

Esok nak p mana, by the time sampai kedai or tempat tu dibuka dah..jangan baru pagi tu nak p then journey nak pi lagi, tup2 sampai...kedai or tempat lagi brp jam nak tutup..kan dah trbantut...penat jln tapi tak puas kan😊😊



Nancy, France


8. MEMANDU DI BELANDA


Belanda sama macam di negara-negara Europe lain dimana side driver adalah sebelah kiri. Berbeza dengan Malaysia di sebelah kanan. So kalau yang tak biasa dan risau dengan nak adjust gaya pemanduan, penting adanya GPS mcm tomtom etc. Kebanyakan kereta sewa di sini disediakan sesiap GPS sistem so kita follow saja. Cuma kami cadangkan agar on kan juga aplikasi Waze. Ini disebabkan waze ni dia bagi warning kalau ada kamera dan speed limit certain tempat2 yang kita tak tahu, maklumkan bukan negara kita betul dak..jangan ingat tak kena saman ..saman nanti akan syarikat kereta sewa jejak ke Malaysia berserta duit sekli ditolak dr kredit kad anda, hehehhe..agak tinggi juga tau saman disini..so hati-hati saja. kalau nak lambat..dok belah kanan..jangan ralit belah kiri pulak :)

Kalau nak sangat laju, kat German boleh la  buat heheh..highway depa tiada limit, takat bawa keta rental hat biasa biasa selalu kami layan line kanan saja lah..kiri tu hangpa tengok je la selaga bapak jenis kereta, ferari ka, bmw ka, mercs ka, macam macam la , bawa laju aih..tapi heran noh..laju laju kereta no limit jarang saya lihat accident. 3 kali masuk German driving dan naik bus memang takde sekli pun terserempak accident even laju yakmat. Ada la jem juga sikit jika time cuti panjang , France banyak jugak jemnya hehhe..haa cakap psl france, hati hati jika masuk ke France check Tomtom ka apa GPS guna sebab ada highway yang ada tol dan ada highway di France yang tiada tol. So kena check dulu kalau takmau hat yang tiada tol.

Tapi highway disini bersih, jalan pun cantik ( kecuali Belgium agak tak ok sikit highwaynya, dan di paris yang highway tiada tol, biasalah bila tiada tol, maintenance jarang jarang lah kan). .tempat rehat ada disediakan banyak tempat. Toilet berbayar yer hehhehe...Kalau drive lajak ke Belgium ,France or German ..nanti kita boleh share pengalaman jika sempat nak menulisnya. Harga petrol disini agak tinggi berbanding Luxembourg dan German. Guest kami german pun komplen hahhaha..kami sebelum balik dari German,pakat isi penuh2 tang minyak..murah dari di belanda.

Berbalik di Ntherlands , sini parking kena jaga-jaga. Ada tempat yang boleh dan kebanyakan di bandar besar macam Amsterdam lagi mahal dan payah. So kena hati-hati jangan main masuk aje walau tahu berbayar, risau habis duit bayar parking sajalah huhuhu..so kalau di Amsterdam tu, tempat parking paling murah adalah di belakang Hotel Hilton..deret sebelah hotel tu ada libary dan berdepan Restoren Cina Besar terapung dlm canal. Parking situ bawah tanah..cuma direction tu arah belakang hotel hilton tu dan terus ke hujung dan follow direction. Tempat lain ada juga tapi mahal sgt. Tapi kena jalan kaki jauh sikit dari parking ni ke tempat2 seperti Redlight, Chinatown, etc..


Enjoy view 

Memang wajib ada GPS, plus Waze 


9. MAKANAN

Sini agak terkenal dengan kejunya..selain weed hahahhaha.so jika tengahari kebanyakan orang disini tak makan menu berat2 mcm kita di Malaysia. depa akan makan hanya grab food/simple snacking saja..macam sandwich, roti-roti , atau patat( french fries) jangan pelik kalau tengok kedai fries semata-mata..orang makan sambil jalan..or roti-roti gitu saja utk lunch. Dinner depa baru makan hot meals sekali.

Di Rotterdam banyak juga pilihan2 makanan seperti Turki kebab doner, sushi, indonesian, Chinese , Indian etc. Tapi unutk halalan toyiba untuk Malaysian food memang takde. Kalau ala2 KFC ada yang halal seperti Chicken Spot. Bagi yang mencari2 makanan grill dan western Halal di Rotterdam, kami rekemen Restoren Halal ni namanya Madera..boleh google dan amek poskod dia cari di aplikasi 9292 cara kesana. Lokasinya memang di Chinatown rotterdam area..ada satu Malaysia restoren ( no halal certificate) dan India restoren halal.

Alah, payah sangat, aplikasi Thuisbezorgd ..semua jenis makanan ada, dari pizza halal, roti nan , nasi beriani semua ada...boleh pilih dari kedai2 berdekatan..beli online dan depa akan delivery. hehehehhe

10. INSURANS

Ni antara yg paling kena ambil perhatian. Insurans wajib ada bagi yg travel ke sini. Jika sakit depa akn minta insurans kad..baru blh daftar. Sini kalau local, kami sakit akan kena buat appoitment dulu untuk ke hospital, even emergency! Yer, betul, been there once..So kalau taknak masalah, sediakan keluarga insurans yg cover international. Dan bring some ubatan jangan pulak berlebihan..untuk kegunaan anak-anak jika sakit mcm selsema demam batuk. Jika terlupa, boleh dapatkan di kedai seperti Kruidvat, Trekpleister dan etos. Kedai2 ni ala2 guardian kat malaysia..boleh cari paracetamol etc..dalam dutch semua tu tp boleh tanya depa..insyaAllah english kebanyakan ramai blh berbahasa english sini.

Ok rasa takat ni saja yang tips penting..bagi memudahkan anda merancang percutian anda.kalau ada yang tertinggal saya akan update nanti nah...

Ni tips adalah base on experience sendiri dan guest2 yg datang guestroom dan pengalaman hidup merantau disini serba sedikit..

Boleh rujuk sini untuk mengetahui antara 8 tempat arikan pelancong di Netherlands ni..dari kaca mata orang Malaysia 😎😎😎









Giethoorn 
Keukenhof
Us, mummy and kiddos

Sunday, 5 November 2017

Rotterdam..The Destroyed City

Kalau orang dengar je Netherlands, terus ingat Amsterdam kan. Amsterdam terkenal dgn red light, flower market, volendam, Zaanse Schanse dan macam lagi di tengah kota Amsterdam. Tapi yang paling saya suka di Amsterdam hanya di Zaanse Schanse..honestly, Amsterdam terlalu padat bagi saya..padat, sempit, busuk dek bau weed sini sana,,kan weed tu legal ditanam 5pokok setiap rumah..so benda biasa je kalau orang bau weed..saya serius tak berapa suka..maybe area Dam tu boleh la tengok2 jalan tengah org ramai..

Nak tahu ada apa di Amsterdam boleh klik SINI.

Saya lebih sukakan ketenagan di Rotterdam..Rotterdam ialah bandar kedua terbesar di Netherlands. Mengikut sejarah Rotterdam telah musnah sebahagian besar ketika Second World War dan kemudian dibina semula bangunan-bangunannya dan menjadikan Rotterdam amat unik dan modern designnya berbanding city-city lain.. tidak sepadat Amsterdam. Banyak lagi bandar-bandar yang cantik di Netherlands ni..since saya tinggal di Schiedam, Rotterdam bandar besarnya...saya lebih tenang dan suka disini. Rotterdam mempunyai port yang terbesar di Europe. Bandar yang mempunyai tarikan tersendiri ..mempnyai ciri ciri moden dan unik. Nanti saya share kan sedikit gambar bangunan bangunannya disini.



Jarak dari Amsterdam ke Rotterdam adalah 45minit menaiki direct train. atau dalam sejam lah kalau transit. Kalau dari Schiphol Airport hanya 20-30minit menaiki Direct Train. Main train stationnya ialah Rotterdam Central Station. Dari situ boleh menghubungi byk destinasi ke ibunegara Europe lain. Kalau dah sampai di Rotterdam Central Station tu ke guestroom hanya 15min saja by Metro Station C.
Antara tarikan pelancong yang boleh dilawati ialah




1. Markthal ( Market Hall)-Ini adalah tarikan pelancong dari serata dunia. Ia adalah banguna semi bulat yang unik dimana tepi-tepinya adalah apartment dan offices, manakala ditengahnya adalah market. Dalam ini mempunyai gerai-gerai makanan, buahan , roti-roti, pastri dan pelbagai restoren dari serata pelusuk dunia. Ada satu cawangan sushi..ada restoren makanan halal, pelbagai jenis dessert dan kedai groceries ditingkat bawah.

Jika berkesempatan, cuba rancang lokasi yang ni pada hari Sabtu..sebab ada market besar di luar bangunan Markthal ni...amat besar dan luas segala macam barang ada..dr fresh ke branded used items..semua murah-murah dan berbaloi. Kami setiap minggu akan ke sini untuk beli barang-barang basah dapur.
Pasar sepanjang jalan diluar Markthal pada Sabtu


Untuk kesini:-
# Subwayline A, B & C dan stop at Blaak station
# atau tram 21& 24
# atau Bus no.32 & 47


2. Cube Houses

Bangunan ini berdekatan dengan Markthal. jika dah berada area ini pasti akan nampak bulding/rumah-rumah unik cube ini dan ia sememengnya untuk didiami. Ada museum disitu dan boleh masuk untuk melihat keunikan dalam rumah berbentuk cube tersebut. Dibuka untuk lawatan 7hari dari 11pg-5ptg dengan kadar bayaran 3euro per person dan kanak-kanak hanya 1.50euro.
  Untuk kesini:-
# Sama seperti Markthal kerana ia berdekatan.


3. Euromast

Ini kira mcm Alor Setar Tower lah heheheh..Boleh teropong sekitar bandar Rotterdam dari atas tower. Saya tidak berkesempatan ke sini. Tapi ia adalah most popular building kat Rotterdam. Boleh google Euromast untuk maklumat lanjut.

Tram 8 untuk ke Euromast.


4. Erasmus Bridge



This bridge connect selatan dan utara Rotterdam. Setiap tahun selalu newyear akan ada bunga api disini. Sangat cantik. Di bawah area jambatan ini terdapat SS Rotterdam dimana jika anda ingin menaiki Waterbus ke KInderdijk atau mana-mana lokasi lain by Spido anda boleh naik disini. TErdapat jadual di situ untuk mengetahui waktu untuk ke KInderdijk by Waterbus.
Jika tidak mempunyai OV Chipcard untuk scan diatas Waterbus, anda boleh bayar secara cash diatas tu. Dalam post saya di blog ini ada mencadangkan untuk mengambil One Day Tourist Tiket, so kalau yang Rotterdam punya, akan cover sekali waterbus selain trem, bus, metro.

5. Central Station

Central Station adalah main station di Rotterdam dimana semua train, trem, subway dan boleh naik di sini. International train dari major city di Europe juga berhenti di sini dan boleh naik disini jika ke Paris, Belgium dan manamana destinasi di Europe. Selain itu, di tepi kanan jika keluar ke pintu depan ada perhentian bus yang menyediakan perkhidmatan bus ke semua tempat dan juga serata Europe. Selalu saya naik FlixBus disini ke Frankfurt dan lainlain destinasi serata Europe. 

Bangunan station ini amat unik berbanding main station di City city lain. Jika Amsterdam masih kekal traditionalnya, tapi Rotterdam agak modern dan stylish. 


Rotterdam Central Station ( hantar kawan ke aiport, sempat posing jap)

6.The Park
7.  Kralingse forest
8. Maritime Meseum
-tempat-tempat shopping , De Koopgoot, De Bijenkort (yang ni High End la) Lijnbaan..jalan ni panjang byk kedai-kedai jenama yang terkenal, yang middle dan byk pilihan.



9. Kinderdijk - 23km dr Rotterdam

Kinderdijk ni antara lokasi awal sekali kami p ..selepas beberapa bulan berhijrah kesini..terus kami jatuh cinta dgn Kinderdijk..subhanallah cantik betul bumi Allah ni..
Kinderdijk ini adalah terletak 23km dari bandar Rotterdam. Antara pilihan transport kalau angpa nak p sana..train , bus..kereta dan juga melalui jln air..iaitu Waterbus.

Ia adalah World Unesco Heritage dan mempunyai sejarah tersendiri bagi org Dutch. 19 kincir angin disini yang kebanyakannya dari tahun kita tak lahir lagi..ada diantaranya yg masih berfungsi dan di buka utk org awam sebagai muzium. Anda boleh melihat bagaimana kehidupan di dalam windmills..dan bagaimana ia berfungsi.



Terdapat boat untuk naik megelilingi kawasan besar Kinderdijk ini, perlu beli tiket di kaunter yg anda jumpa di hadapan pintu masuk.Jika anda hanya ingin berjalan kaki tidak perlu bayar, hanya percuma..jalan kaki sikit dalam beberapa meter depan ada simpang ke kiri dan ada cafe dan muzium..jika larat boleh lajak lagi ke depan2..terdapat cafe ditepi pemandangan yg cantik, farm dan sesuai untuk kanak-kanak enjoy bermain dengan goat, arnab dan ayam.




Jika time winter, jika suhu cecah bawah negatif untuk tempoh yg panjang, maka di sini lah org local Dutch akan berkumpul untuk main skating..agak bahaya tapi best giler tengok..( base on video)kami x cuba lah..uiih, tak berani..mau beku heheheh

10. National Park The Biesbosch 20km dari Rotterdam

Banyak lagi attraction mengikut apa yang anda minat muzium ka dan lain-lain. Boleh didapat di Kaunter pelancong di Rotterdam Central Station dan juga di website Rotterdam Visitor.



ok , salam magrib :)

8 TEMPAT TARIKAN PELANCONG DI BELANDA/ NETHERLANDS

Sekarang masih waktu winter, so magrib pada bulan 2 ni dalam pkl 6.00petang. Jika sebelum ni seawal 4.40petang dah magrib, sekarang graduall...