Sunday, 11 November 2018

ADA APA DI AMSTERDAM..

Salam Isyak semua...sekarang baru pukul 6.50malam dan dah masuk waktu solat fardu isyak tadi jam 6.23 malam. Cepat saja masa berlalu..dan ini tahun ketiga kami disini. Sekarang baru musim Autumn dan winter time telah pun bermula bulan Oktober.

Memandangkan ramai yang Whatsapp bertanyakan pelbagai soalan, antaranya ada yang kurang faham, bahawa Amsterdam dan bukalan satu-satunya City di sini. Yer, Amsterdam adalah ibu negara bagi bumi Tulips dan windmills ini tetapi bila saya terangkan Guestroom saya lokasinya di Rotterdam bukannya Amsterdam, ramai yang kurang faham. Cth KLIA Airport di sepang kan, dan rumah saya jaraknya dalam 45min-sejam dari Airport macam di Shah Alam or Klang la kiranya. 

Amsterdam adalah ibu negara Netherlands, dan Rotterdam antara city kedua terbesar di Netherlands.
Map of Netherlands


Hahaha, dah macam subject Geografi pulak ek. Oklah, saya tak nak membebel lebih2. Jom saya kongsikan sedikit ada apa dengan Amsterdam...antara tarikan-tarikan pelancong yang mesti pi lah.

1. Zaanse Schanse 
Zaanse Schanse ni paling wajib visit. Ia terletak di daerah Zaandam luar dari riuk pikuk City Amsterdam. So kalau nak ke sini tak tahu boleh guna aplikasi 9292 yang saya ceritakan dalam blog ini, biasanya ke sini boleh guna bus. Disini pelbagai tarikan pelancong antaranya:-
Pelbagai jenis clogs dan cenderahati
Diluar kilang tu boleh ambil gambar kenangan
Demostrasi cara mebuat kasut Clog

Kilang Cheese

Cheese Testing

Dalam kilang cheese tu boleh tengok cara-cara pembuatan cheese (in group) dan boleh juga membeli produk-produk keju yang dijual disitu dan boleh juga dijadikan buahtangan. Saya rekemen untuk anda rasa Smoky Goat Cheese,sedap...dan juga cili cheese. takde lah pedas sangat..tapi nice.

Kilang Clog




View yang damai dan cantik


Selain daripada kilang cheese dan clogs, ada juga cafe-cafe, kedai-kedai cenderamata, ada juga kedai yang membuat coklat, cuba rasa aiskrim di kedai coklat ni...amat sedap..sangat sangat rekemen. Lain-lain dari itu adalah pemandangan kawasan Zaanse Schanse yang damai dan indah itu amat memukau.

Dalam area Zaandam itu juga, terdapat tarikan pelancong yg berdekatan iaitu Volendam. Ia dikenali sebagai Fishing Village. Amat terkenal dengan Fish and Chip yang sedap dan segar. Selain dari restoran yang menawarkan makanan seafood dan fish and chip yang fresh, terdapat banyak kedai-kedai cenderahati yang murah-murah, dan antara termurah di Amsterdam. Jadi, bagi yang ingin membeli buah tangan , jangan terlalu excited masa jumpa banyak sangat fridge magnet di Zaanse Schanse tadi, nanti menyesal bila tengok di Volendam lagi murah-murah. 

2. Dam Square

Kawasan Dam antara kawsan yang sangat ramai pelancong dan ia adalah centre dimana ada Royal Palace , Madame Tussaud"s Wax Museum, dan National Mounement. (Antara paling ramai pelancong). 






3. Flower Market


The Amsterdam Flower Market di buka from Monday to Saturday from 09:00 to 17:30 and Sunday from 11:30 to 17:30petang. Ia adalah terletak di Singel canal between the Koningsplein and the Muntplein. Boleh ke sini menaiki trem atau basikal hehehe..yer lah sini mana-mana basikal kan 😆😆😆😆



Pelbagai jenis tulips kita boleh kenal disini, boleh beli sebagai buah tangan balik Malaysia. Tapi jangan lah beli pokok ganja sebagai buahtangan pulak yer hehehe..sini takde masalah boleh tanam pokok ni di rumah masing-masing. Jangan buat pasal nak bawa balik, sangkut di airport la gamaknya nanti heheh. Sepanjang-panjang floating flower market ni, tinggal nak pilih je, macam-macam pokok bunga kita boleh dapat, esp tulips. 


4. Redlight Area
Hat ni saya tak payah nak ulas, sebab hanya orang-orang muda saja lah kot nak melalui area ini. Tapi sekadar jalan di waktu siang tiada masalah.. akuarium -akuarium yang kaler merah dan anak-anak ikan tua muda dalam akuarium tu takde lagi..jangan jalan time malam je..mengucap panjnag la hangpa..ada seks museum dan meseum pelacur haaaa, sebut dalam malay la bagi paham..saya tak pernah masuk la, penah bawa rakan jalan depan meseum tu saja time siang..rimas sangat jalan area ni..dek bau weed yang busuk. kamu tahan sajalah...nanti abes bau tu melekat di baju, huhuhuhu..

5. Nemo Science Museum 

Nemo science ni sesuai untuk anak anak anda explore semua mengenai sains. Ini macam Pusat Sains Negara. Kalau anda berada di Amsterdam Central Station, jalan ke depan sikit anda akan nampak satu bangunan unik berbentuk Kapal Besar warna hijau. Itulah dia. Memang menarik, apa yang lainnya disini, anak anak boleh belajar bagaimana process menapis air untuk menjadikan ia bersih dan selamat untuk diminum. Ada di ketengahkan bagaimana Netehrlands (yang terkenal dengan water management sistem depa antara terbaik didunia) water management sistem secara ringkas dan sesuai untuk pembelajaran. Selain dari itu, ada floor khas untuk teenagers , seks education. Sebenarnya, ia antara mata pelajaran yang diajarkan di sekolah rendah, so benda yang di share ni sesuai untuk teenagers belajar mengenai hal yang kita sendiri nak ajar pada anak kita susah nak explain kan..



5. Chinatown, canal tour, Hard Rock Amsterdam dan lain-lain
Inilah antara tarikan lain di Amsterdam. Sebenarnya lagi banyak tarikan di luar Amsterdam seperti di Giethoorn, Kinderdijk, Keukenhof( jika musim bunga) dan banyak lagi. Semua itu  bukan lah di Amsterdam, tapi di Leiden jika ingin ke Keukenhof, Giethoorn di utara Belanda, The Hague, pusat pentadbiran dan Utrecht juga menarik dengan Castle De Haar.

 Tapi harini saya bagi area Amsterdam sebab ramai sangat orang tanya pasal Amsterdam ni. So ada apa dengan Amsterdam..ini sajalah...boleh lihat di blog saya  mengenai tarikan di Bandar kedua terbesar Holland iaitu Rotterdam.
Guestroom De Lente

Rasanya itu saja yang menarik di Amsterdam, selain museum yang XXX tut dan museum lain-lain hehehehhe..
Boleh klik SINI untuk mengetahui 8 tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong di Netherlands ni..

Terima Kasih kerana membaca. Assalamualaikum.








6 comments:

  1. Bila baca ni Ita... Rasa macam nak ke sana je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sila2 mai lah..tp kene roger awal date planning tu..risau penuh sj..esp bulan 3 sampai 5..spring mmg ramai org..

      Delete
  2. Kak ita..suami kene kerja kat ede netherlands..duduk kat arnhem..ok x tu?makanan halal senang x nak dpt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far disni takde masalah makanan halal. Even di hypermarket biasa pun ada.

      Delete
  3. salam. ada kekosongan guestroom x pada tarikg 14-16 september? sy izzati dari malaysia

    ReplyDelete

8 TEMPAT TARIKAN PELANCONG DI BELANDA/ NETHERLANDS

Sekarang masih waktu winter, so magrib pada bulan 2 ni dalam pkl 6.00petang. Jika sebelum ni seawal 4.40petang dah magrib, sekarang graduall...